TIPS DAPAT A SUBJEK MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN

Assalamualaikum..

Ramai pelajar yang kurang berpuas hati dengan markah pencapaian mereka dalam peperiksaan, terutamanya untuk subjek Matematik dan lebih-lebih lagi untuk subjek Matematik Tambahan..

kalau post sebelum ni, saya ada berikan beberapa cara untuk belajar Matematik lebih mudah..kali ni saya nak berikan tips bagaimana dapatkan A untuk kedua-dua subjek ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

kalau saya dulu, memang sangat minat dengan subjek Matematik..satu subjek yang boleh dikatakan sentiasa dapat skor A..tapi untuk subjek Matematik Tambahan, boleh dikatakan sentiasa dapat gred B dan C, malah D pun pernah kalau x silap saya..huhu..memang mengecewakan bila subjek yang kita suka dan minat, kita x dapat skor dengan baik..tapi saya kagum dengan diri saya yang tak sekali-kali berputus asa..

Sebenarnya, macam subjek Matematik jugalah, Matematik Tambahan juga jika ditanya kepada orang pandai, mesti jawapan mereka, kena buat banyak latihan. Ya, jawapan itu memang bukan main-main. Matematik Tambahan ini ada tajuk yang sama dengan Matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, insyaAllah, anda boleh sebenarnya!

di sini saya ingin tekankan mengenai latihan dan ulangkaji. saya syorkan, anda ambil soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan Kertas 2 peperiksaan SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab soalan yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza. serius..betul saya tak tipu..kalau anda tak buat memang menyesal..boleh beli buku-buku koleksi soalan peperiksaan yang banyak dijual di kedai buku..kalau saya dulu, saya akan pastikan buku yang dibeli, disertakan jawapan di belakangnya..supaya senang untuk disemak jawapan nanti..

cuba selesaikan semua soalan, dan mana-mana soalan yang tak tahu, boleh bertanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. pastikan akhirnya anda tahu menyelesaikan kesemua soalan dengan baik..Matematik Tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. kalau baca je, cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

Alhamdulillah, sejak saya buat latihan dalam buku koleksi kertas-kertas soalan peperiksaan sebenar, keputusan peperiksaan saya untuk subjek Matematik Tambahan sudah boleh dibanggakan dan akhirnya untuk SPM saya berjaya skor A1🙂

macam tu juga untuk subjek Matematik, saya yakin latihan berdasarkan koleksi kertas-kertas peperiksaan sebenar, pasti akan banyak membantu kerana kita didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan sebenar yang akan ditanya dalam peperiksaan nanti!

p/s :: cepat beli buku latihan!!

111 comments on “TIPS DAPAT A SUBJEK MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN

  1. aisyah says:

    salam , maths saya teruk akak , markah paras hidung je ., sy x pernah dapat C ,B apa lagi A , ada peluang lagi ke saya nak blajar maths ni , tahun ni pon saya dah ambil PMR tengah tunggu result je , boleh ke nak berjaya lagi , masa cikgu mengajar sy bagi tumpuan , dan boleh jawab kalau cikgu tnya , tapi bila time exam , semua jadi lupa ., macam mana tu nk buat tu ?

    • mohdhamzah says:

      saye doa kn awak dapat A suatu hari nanty…..supaye awak dapat jadi contoh dalam kalangan adik-beradik awak ae…..

    • amir kamarudin says:

      sy pon sama sy selalu dpat c dalam subjek math..risult sy jdi hodoh semasa trial pmr baru baru nie sebab saya dapat 8a 1c…c pulak math..sempat lagi kew saya dapat a dalam math…apalagi saya ingin masuk sbp pulak..

    • hamizahtul says:

      Allah yang izinkan kita ingat . minta pada Allah untuk mudahkan kita menjawab periksa untuk dapat keputusan yang cemerlang .semoga anda berjaya dunia akhirat Insya Allah

  2. insyaAllah boleh🙂 akak rasa adik minat dgn subjek maths ni sbb adik bg tumpuan dlm kls..kalau ada minat, insyaAllah adik boleh baiki result adik..pastikan adik sentiasa siapkan latihan yg cikgu bagi dan kalau boleh perbanyakkan latihan terutamanya dalam buku koleksi kertas soalan sebenar..kalau x tahu jawapan, boleh bincang dgn kawan2 atau cikgu..smoga berjaya ye dik🙂

    • amir kamarudin says:

      saya cuba dah faham apa yang diajar oleh cikgu semasa di dalam kelas tapi saya dapat faham sekejap saje lepas tuu saye lupa balik…sy sekarang nie keliru tak tahu nak buat ape lagi…

      • mmg manusia ni mudah lupa dik..mcm mane nk buat kita kuat ingatan? mungkin dengan banyakkan latihan, adik akan ingat apa yang dipelajari..kadang2 bile dh slalu buat latihan, formula yg selama ni kne hafal, dah x payah hafal, mmg ingat mcm tu je sbb selalu buat latihan..semoga berjaya dik!

  3. aisyah says:

    t. kasih🙂

  4. sherly shelvy says:

    slamat sejahtera…sbelum nie..takut maw study addmath..tp baca tips nie..wah..tdk sabar maw study deeper..maw buat bnyk latihan nie..TQ

  5. slamat sejahtera..bagus..bersemangat! pastikan buat banyak latihan, dan kalau tdk faham, cepat2 tanya cikgu..teruskan minat adik dlm subjek maths dan add maths. SEMOGA BERJAYA🙂

  6. azreen says:

    salam akak…saya dah f5 skrg ni..tp addmah masih lg gagal….ad x cara sy nak gain mrkah sy balik?

  7. humairaa says:

    salam alaik.. akak sy form 4 tahun ni…sy takut lah nk hadapi form 4 ni…. bedebo smcm jee… akak bg smgt skit kak…. sy kat sk tak suke buat nota tapi latihan sy suke heee..dan sy juge addicted to internet…adoyyaii.. camane nak berhenti drpd surfing internet eh????:/

    • wsalam..alaa dik..jgn bedebo sgt..hihi..relax je..tp jgn honeymoon sgt..kalau suka buat latihan baguslah..buat latihan byk2..yg mane xreti buat, tnye kwn2 n ckgu..mcm yg “pencinta matematik” kt bwh ni ckp, kalau suka surf internet, boleh cari soalan2 latihan online🙂 all da best ye dik!

  8. pencinta matematik says:

    ya betul… matematik perlukan byk latihan… dgn latihan tu kita boleh kuasai kemahiran yg dipelajari dlm maths… jgn hanya tunggu latihan yg diberi oleh guru… dptkan sendiri latihan2 lain… klu yg rajin surf internet, bgs guna masa surf internet tu untuk cari koleksi soalan secara online…

  9. Amy Najihah says:

    mcmane nk tackle soalan addmath..??time buat lthn bole jwb tp bile exam xtau nk addapt soaln mcmane….tlg bntu sya…

    • add math hidopku says:

      Mngkn sbb akak gmentr kt lm exam.. lau nk jwab add math msti prlukn kykinan yg tnggi. .

  10. emm…mcmne ek..mybe adik dh terbiasa buat latihan n tahu latihan tu berkaitan dgn topik ape..tp bila exam, adik xtau soalan tu ttg topik mane..tp cube adik perhatikan betul2..kebiasaannya, dlm exam pun akan ikut urutan yg sama..contohnye, soalan 1-5 ttg bab 1..so adik kne tahu bentuk2 soalan yg slalu ditanya ttg bab 1..sbb tu akak cadangkan wat latihan past year paper..

    akak xtau sama ada menjawab soalan atau x..hoho..tips utk exam, same je..bykkn latihan..and jgn panic🙂 harap membantu

  11. asalamualaikum , kak . sy nak tnya , nak excellent sub. addmath ni memang kne buat latihan je ye ? kadang2 sy rasa mcm give up je . rasa mcm nak tukar dari aliran sains ke aliran akaun . drop sub, addmath . susahh nyaa nak fahammm😥

  12. wsalam dik..nak excellent dlm addmath, 1st skali mestilah kne fhm konsepnye dulu..kalau xfaham, mcmne nk buat latihan kan..lepas dh fhm, bykkan wat latihan..cari buku2 latihan..jgn tggu latihan dr cikgu je..

    adik minat math x? kalau minat, insyaAllah addmath pun boleh! tp kalau xminat atau adik rase mmg xboleh nk teruskan dgn addmath, mybe tukar aliran pun boleh..tp satu je nasihat akak, jgn cepat putus asa..cuba…cuba…cuba dulu..

    kdg2 kite rase addmath susah, sbb kite dh set dlm kpale kite, ckp addmath susah..cuba tukar mindset kita..ckp addmath senang🙂 akak doakn adik berjaya..

  13. farishayu says:

    saye asyik x dpt A je sayer minat ngan math .susahlah

  14. mohdhamzah says:

    saye minat math kerana mudah nk buat kerja ye
    doa kn sye supaye saye dapat A dalam semua mata pelajaran

  15. assalamualaikum,…tp kan kak,….pd pandangan daniel la,…..nk phm konsep penggunaan add math tue xdptla,…kdg2,…kita terer mengira addmath,….tp x tawu nk guna sesuatu tajuk tue untuk apa @ sesuatu tajuk dlm addmath tue nk diaplikasikan untuk apa,..

    • waalaikummussalam daniel…same mcm ape yg akak rasa..kdg2 xtau kita belajar ni, bile nk guna dlm khdupan harian kan..tp insyaAllah semuanya ada kegunaannya..kita je yg x sedar..mybe lepas ni, adik boleh tnye cikgu, tajuk yg blajar tu nk diaplikasikan utk ape..bile kita tahu ade kgunaannya, baru la smgat nk blajar🙂

  16. pheobi says:

    apakah latihan buku yang baik untuk tingkatan 4

  17. akmar says:

    saya tingkatan 4 dan saya tak pernah dpat lulus admath.setakat satu tajuk pon saya takleh nk kuasai

  18. shazrul aiman says:

    assalamualaikum….memang best baca TIPS DAPAT A SUBJEK MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN.MEMANG BETUL MATH IS NOT FUN.BUT MATH IS VERY VERY VERY FUN..TQ.

  19. za says:

    salam kak saya risau la nak dekat spm ini tapi saya masih lemah dalam math dan addmath….urm……macam mana ek???

  20. brenda hawkins says:

    bcoz of addmath sy pndh kls ambik ECONOMY..now becoz of math smngt bljr hilng..skng da form 5, tp sub math blm pass g nie..mid exam bru2 pn kantoi math gk..math math math math..sub len ok lh, tp math nie no comment..give me a piece of advise..huhu

    • jgn mcm tu dik..kalau adik fikir x boleh, nanti jd x boleh..FIKIRKAN KITA BOLEH..tp jgn fikir je, usaha tu penting..banyakkan latihan..cuba buat latihan sampai dapat dan betul2 fhm..boleh mintak tolong dgn cikgu atau kwn2..akak doakan adik berjaya dgn cemerlang!

  21. syazirah syariff says:

    salamm🙂 kakak mcm mne neyy ? sye ssah sgt nak fhm add math😥 add math sye slalu ggal . so nak buat mcm mne ?

  22. salam..jgn pernah putus asa dik..akak dlu pun mcm tu jgk..tp selalu usaha..buat latihan banyak2..kalau x fhm, cepat2 tanya cikgu atau kwn2 yg fhm..all da best dik!

  23. Lyssa says:

    Assalamualaikum kak .. addmath sy tak pena lulus .. dah try bg tumpuan waktu cg mngajar tapi susah nak tangkap laa .. walaupun spm sy thn dpn tapi 1 tahun nak mahir addmath tu belum tentu dapat A .. boleh bagi some tips ke untuk mudah faham addmath ni ??🙂

    • waalaikumussalam dik..kalau x faham masa cikgu mgajar, cepat2 suruh cikgu ulang semula ape yg dia ajar..kalau dh ulang, tp masih x fhm, xpe…boleh tanya kwn2 yg fhm atau jumpe cikgu bile ada masa free..lepas dh fhm, buat byk latihan utk pastikan kite betul2 fhm ape yg kita blajar..semoga berjaya dik!🙂

  24. MURID SMK TUN HAJI ABDUL MALEK says:

    assalamualikum akak..

    akak,saya dah nak periksa PMR dan tahun nie tahum terakhir PMR.

    Semasa pertengahan dulu,saya gagal dalam subjek math.saya masih kurang mahir dengan bab ting.2 sebab masa saya ting.2 guru math saya sering bertukar-tukar orang.jadi saya confius mana satu saya nak ikut.akhir tahun masa form.2 saya dapat D dalam math. saya menagis masa tu sbb sebelum nie saya hanya dapat C je dalam math tapi tiba2 saya dapat D dalam math.

    satu lagi masalah saya ialah saya kurang focus dengan apa yang cikgu ajar.boleh akak tolong selesaikan masalah saya tak?? tolong bagi petua bagaimana saya nak focus dalam kelas???

    • waalaikumussalam dik..kalau kita nk lebih fokus dlm kelas, mungkin adik boleh baca dulu topik yg akan cikgu ajar..jd bila cikgu ajar, InsyaAllah adik akan lebih mudah fokus dan fhm..

      adik jgn putus asa..belum terlambat lg dik! mcm yg akak cadangkan..boleh beli buku past year pmr dan buat latihan..pastikan adik fhm setiap soalan yg adik jwb, sbb bile exam nanti, soalan lebih kurang sama je.. all da best dik!🙂

  25. fahazzh says:

    byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  26. fahazzh says:

    semoga dipermudahkan untuk trial nanti…

  27. Nur Maisurah says:

    assalamualaikum saya sering dapat gred b dan c.Ibu bapa saya memberi galakan kat saya.Sampai berpesan x pyh study depan tv tapi saye jenis kalau satu hari x tgk tv mmg x bleh sye nk buat ape supaya saya boleh dapat a

    • waalaikummussalam..nk tgok tv tu boleh je..cuma peruntukkan masa jgk utk buat latihan dan kerja sekolah..jgn asyik tngok tv smpai lupa wat ulangkaji..kalau buat kerja depan tv mcm mane nk fokus..mungkin utk sesetengah org boleh kot..tp akak x boleh..hehe..akak doakan adik berjaya ye! slalu dengar nasihat mak dan ayah yg nakkan adik berjaya🙂

  28. fifiy says:

    doakan saya dpt A spm nt . saya agt suka mathematics . tpi saya ttp x dpt . saya penah dpt A+ tpi 1 kli jak trus down . huhu . inshaallah saya brusaha . chaiyorkk !! :l
    )

  29. isma says:

    doakan saya menadapat 5 A dalam UPSR………………

  30. Natasha says:

    Awal tahun 2013 saya ada terbaca blog akak. Masa tu add math saya cukup makan je tapi lepas rajin buat latihan, Alhamdulillah! Trial spm baru2 ni dapat skor A…

  31. Ariff says:

    Skarang ni saya tertekan blog akak.lalu,saya terbaca tip nak dapat A matematik dan add math…saya tahu result add math trial saya sangat rendah.Jadi rupa-rupanya cara ni jer dapat upgrape markah saya nanti SPM..Insyaallah saya akn usahakan… Blog ni telah membantu saya Trima Kasih.

  32. InsyaAllah dik..kita usaha, buat latihan byk2..pastu doa pada Allah..insyaAllah kita dpt apa yg kita usahakan🙂 semoga berjaya dik

  33. Eyrul aieyzart says:

    Assalamualaikum. saya ni budak aliran sc pure.
    dulu waktu PMR math memang subjek yg agak best bg saya.dan
    Alhamdulillah saya dpt 8a dalam PMR..
    tp bila da masuk form 4.. subjek math saya jadi lemah..
    tambah2 addmath.. bila cikgu ajar saya focus boleh jawab..
    tp dalam exam jadi blur,, ta faham soalan..
    mungkin kurang latihan..errr.. kalau boleh saya nak scor math n addmath A+
    untuk SPM… tp saya sedih misi tu masih yang nampak kejayaannya…

  34. waalaikummussalam..math mmg best dik! add math pun sama je..
    akak dulu pun lemah jgk addmath ni..tp x putus asa..akak usaha buat byk latihan..adik kena yakin yg adik boleh! kalau nak je, tp xde usaha mcmne nk dpt..ingat, USAHA, DOA, TAWAKAL..insyaallah akan nmpk hasilnye🙂 akak doakan adik berjaya!

  35. erni says:

    bg y duk kat dungun.meh dtg kelas tuisyen cgu,cgu akn aja n bg tips sampai leh dpt a math..xde y mustahil,ramai y da berjaya,0179856740

  36. Malini says:

    Hye kak..saya risau ttg maths dan add maths saya..pmr aku dpt 7a… tapi bila msk je f4 semua dh macam susah..risau sgt dahlarqq dapat g dalam add maths dan c dlm maths..nex year spm lg..risau2 sgt..saya harap maseh ada masa lg utk saya perbaiki kelemahan diri sy..tolong saya..lagi pun i seorang ketua pengawas nanti mlu dpt fail…

  37. adik..jgn mudah putus asa…sentiasa berusaha dan yakin yg adik boleh..banyakkan buat latihan sbb matematik dan add math perlu buat byk latihan..mana-mana latihan yg tidak dpt buat, tanya guru atau kwn2..jangan tangguh..siapkan latihan dan mesti fhm..harap adik berjaya! all the best

  38. NORAINI says:

    Saya form 3.. saya mahu pandai maths tolong akak bagi tipss penting… tapi tahun ni saya menduduki pbsmr jadi saya harap sangat saya boleh dapat band 6

    • hmm..tips penting ye..akak rasa matematik cuma perlukan banyak latihan..insyaAllah, adik akan mudah faham..pastikan latihan yang adik buat tu, betul jalan kerjanya…kalau tak tahu, tanya kawan2 atau cikgu..akak doakan adik berjaya!

  39. mnor says:

    saya pelajar tingkatan 4 aliran sains. masalah saya ialah semasa buat latihan dalam buku kerja yang dibeli dari kedai, saya dapat menyelesaikan latihan-latihan dalam buku tu. Tetapi bila soalan ujian sebenar tak boleh buat. Mana silapnya? Nak minta kakak beri pandgn.

  40. mnor says:

    saya pelajar tingkatan 4 aliran sains. masalah saya ialah semasa buat latihan addmaths dalam buku kerja yang dibeli dari kedai, saya dapat menyelesaikan latihan-latihan dalam buku tu. Tetapi bila soalan ujian sebenar tak boleh buat. Mana silapnya? Nak minta kakak beri pandgn.

    • ramai org yg ada masalah sama mcm adik..pendapat akak, mungkin sbb bila buat latihan, adik dh tahu, soalan latihan tu berkaitan topik apa, jadi mudah utk adik selesaikan..tapi semasa ujian sebenar, adik tak tahu soalan yg ditanya adalah dari topik apa..sbb tu adik tak boleh selesaikan kot…nasihat akak, waktu exam, jgn panic, relax je..insyaAllah adik boleh! satu lagi, pastikan adik selalu buat latihan dan faham bentuk soalan yg biasa keluar utk setiap topik..insyaAllah boleh jwb dgn mudah masa exam..all da best!

  41. sapfiruz sapar says:

    assalamualaikum kak,,, sy ada beberapa mslah dlm admath ni,, last year sy dpt D,tu pun cgu yg tlong,,sy frust sgt..sdalah mlm sblum exam tu sy tdur lmbat gara2 study admath,,huhu,,thun ni sy ambl spm,,sy tkt bnda yg sama terulang blik,,huhu😦 sy suka sgt ngan sbjek math,,

  42. waalaikummussalam dik..jgn putus asa..adik kena byk usaha lg..jgn la tidur lewat kalau esoknye exam dik..takut nanti time exam, jadi blur..cuba mcm yg akak ckp, beli buku past year exam dan selesaikan soalan2 dlm tu..kalau x tahu, tanya cikgu atau kwn2..insyaAllah, lama2 adik boleh ubah dri D jd A..insyaAllah..sbb soaln tiap2 tahun lebih kurng same je..sempat lg ni dik..SPM akhir thun..all da best ye!🙂

  43. Siti says:

    Ahaaaa nak nangis jawab add math, apesal soalan cari nahas sangat!😦

  44. sabar dik..akak dulu pun rasa add math susah..tp kena usaha byk2..buat latihan byk2..insyaAllah boleh🙂

  45. tq 4 da tipss !!😀 hrap2 mrkh +maths sy naik ! mw gila sdah sy bab gagal +maths , haha .

  46. u’re welcome🙂 semoga berjaya!!

  47. Siti Mahani says:

    Sy pernah lulus skali je add math masa form 4 ujian 1.. Tak ikut forkat spm boleh la… Kena pertengahan tahun, sejak dri tu x pernah2 lulus😦 sedihh.. Add math slalunya mncacatkan result exam sy… Mcm exam bru ni, sy dpt 5A1B2C dan 1G.. Huhh sedih sgt.. Sy ni jnis susah nk paham org ajaq.. Sy yg kna pahamkan sndiri.. Mcm form 3 dlu math sy x paham lgsung cara nk faktorkan.. Sy ikhtiar blajar dri youtube..dri ctu sy paham..huhu..sy cba blajar dri youtube add math..tpi agk sush nk.paham..lgpun x byk vdeo..mcmane erk..tggal 5 bulan je lgi nk spm..huhu😥 sedih bla smua subjek sy boleh..add math hampa sgt.

    • Siti Mahani says:

      Format* bukan forkat .huhu

    • adik jgn la hampa..jgn down sgt..5 bulan sempat lagi dik InsyaAllah.. akak rasa adik mmg pelajar yg cemerlang berdasarkn result adik..jgn putus asa..cadangan akak, adik cuba tanya kawan2 yg pandai, selalu dpt A addmath..jgn malu, kita kan nk belajar..kalau susah jgk nk faham org ajar, adik pinjam latihan/kertas ujian sapa2 yg dpt A, fahamkan cara penyelesaian satu persatu..kalau x faham jgk, tanya cikgu..jumpa cikgu sorang2 dan suruh cikgu ajar..tapi cara akak dulu, buat latihan banyak2 dan tengok past year question dan cara menjawab utk soalan past year tu..Akak doaan adik berjaya🙂

  48. Fatin Najihah says:

    assalamualaikum.. akak tahun nie saya menghadapi UPSR..saya tk tahu macam mana nak dapatkan matematik tu A… saya minat math tapi masalah nya ayik dapat c je… saya pun kat umah banyak buat latihan…. tapi macam akak cakap tadi lah jangan cepat putus asa… tolonglah akak bagi tips untuk saya

    • waalaikummussalam dik..bila adik buat latihan, lepas tu check jawapan tu betul atau tak..check jwpn kat belakang..kalau xde jawapan kat belakang buku, suruh cikgu atau kwn2 check..kita boleh belajar dari kesilapan, akak takut adik ulang buat kesilapan yg sama..akak yakin adik boleh..ALL THE BEST!

      • aliya says:

        assalamualaikum akak , tahun depan saya akan jadi pelajar tingkatan lima .. tetapi subjek math tambahan saya terlalu lemah … bila cikgu ajar saya faham dan bila membuat latihan saya juga dapat menyelesaikannya tetapi apabila tiba exam markah saya terlalu terok ..boleh akak terangkan dan beri nasihat kat saya .. in sha allah allah memberkatimu🙂

  49. Akak saya tak pernah dapat markah matematik 70 je markah matematik saya nak tahu la macam mana saya nak dapat markah A sedihlah.

  50. hakim says:

    saya tere math

      • nan@lanun_Johor says:

        Salam kak..saye ni law subjek math jew mmg x boleh skor..asyik fail je..markah saye mmg buruk kak..slalu dpt 25-30 je campur kertas 1 dgn krtas 2..mrkah trial spm sye skrang pon sama je..bulan 11 dah nak SPM sebenar kak..mcm mne sye nak skor subjek math dlm spm nnti kak..
        -2014 spm-

  51. nan says:

    Salam kak..saye ni law subjek math jew mmg x boleh skor..asyik fail je..markah saye mmg buruk kak..slalu dpt 25-30 je campur kertas 1 dgn krtas 2..mrkah trial spm sye skrang pon sama je..bulan 11 dah nak SPM sebenar kak..mcm mne sye nak skor subjek math dlm spm nnti kak..
    -2014 spm-

    • wsalam dik..insyaAllah sempat lagi dik..cepat buat ulangkaji..beli buku past years SPM..buat latihan..yg xdpt buat, suruh kwn2 atau cikgu tunjukkan..fahamkan cara nk selesaikan soalan tu..insyaAllah adik boleh🙂 all the best!!

  52. sayaBatch97 says:

    Saya betul 31/40 dalam krtas 1 maths .. sya boleh dapat A tak?

  53. Nurul Izati says:

    Saya amat lemah dalam subjek matematik.dalam subjek matematik saya selalu dapat D atau E dalam subjek matematik.saya tak tahu cara cara nk skor A dalam matematik.bagaimana caranya??

  54. Nurul Izati says:

    Saya amat lemah dalam matapelajaran matematik.dalam periksa saya selalu skor E dalam subjek matematik.bagaimana caranya untuk lulus atau skor A dalam subjek matematik.bagaimana??saya ingin tahu caranya

  55. saya sangat lemah untuk subjek matematik terutama untuk tajuk darab…boleh bantu saya

  56. Nur Lilasari Sahari says:

    I’m not good in add maths..
    I’m stress
    Very stress
    What should I do??????

  57. Muhammad Arumi says:

    saya dapat buat math dengan baik cuma untuk masa yang singkat selepas 2 atau 3 hari terus lupa walaupun ulangkaji

  58. Nur Syuhada Bt Noordin says:

    Slm.nme sy syue.skang nie sy dh form 5.sy risau la nk pekse SPM nnti…baru2 nie sy pekse up1,first time sy dpt mrkh math gred C tu pun 50 peratus je…cukup2 mkn jew…tu pun sbb soalan senag sgt…sepatutnye sy bleh dpt A or B masa up1 baru2 nie…

  59. sye susah nk jwb matematik..she rasw geram bile x dpt jwapan..

  60. saya masih tak faham mathemathik ajaran kamu? sent me some tips for my maths.i am spm.plz .

  61. nana says:

    Assalamualaikum kak
    sya bru f4 tpi tuk UP1 n PPT sya selalu dpt truk dlm +math ..
    X prnh dpt A B C D tpi dpt len plak..sma ngan kwn yg len..
    bila wd lthn ngan cg phm tpi bla mai soalan x phm..cmne arr kak

  62. mr.nobody says:

    mcm mna nk buat ea,pperiksaan prtngahan thun form 4 sya dpat 4% jer,,jngan glak ea,,sya x fhm satu pun yg ckgu ajr,pdahl dah fokus btul2 msa ckgu tngah mngajr,,,sya sush nk tngkap apa yg ckgu ajr…rsa mcm nk ptus asa jer…x nk blajr dah rase

  63. husna says:

    cepat la cikgu oi…..

  64. Nadhienajm says:

    Salam kak. Thun depan, sy mnjadi pelajar form 4 . Comment sy ialah , mcmmane nk buat persediaan mghadapi add math f4 nih . Sy dah hbis fikir dah . Smpaikan tkut nk amek add math nih . Okay that ‘s all . Hope you give me some pencerahan .

  65. Nadhienajm says:

    Salam kak. Thun depan, sy mnjadi pelajar form 4 . Comment sy ialah , mcmmane nk buat persediaan mghadapi add math f4 nih . Sy dah hbis fikir dah . Smpaikan tkut nk amek add math nih . Okay that ‘s all . Hope akak bagi pencerhan .

  66. nur diana says:

    assalam ….kalau cikgu mengajar laju camne ea ,,lagi satu ni saya jenis malu bertanya kat cikgu dlm kls cm ne ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s