7 LANGKAH UNTUK HIDUP PENUH MOTIVASI

Assalamualaikum..

anda rasa hidup anda tidak bermotivasi?..tiada semangat melakukan sesuatu? cuba langkah-langkah di bawah..INSYAALLAH membantu🙂

1)  Tetapkan matlamat besar anda dengan jelas. Tetapi tetapkan juga matlamat kecil yang membawa kepada matlamat besar tersebut – Orang yang biasa dengan kejayaan kecil akan kehausan untuk kejayaan besar.

2)  Habiskan apa yang anda mulakan – Orang yang biasa melakukan sesuatu separuh jalan akan biasa melakukan semua perkara separuh jalan.

3)  Bersosial dengan mereka yang mempunyai minat yang sama serta minda positif yang sama – Cuba perhatikan 5 kawan rapat anda adalah siapa? Adakah majoritinya positif atau sebaliknya?

4)  Belajar untuk belajar dengan pantas di dalam mencari sumber atau maklumat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda – Orang yang berjaya adalah mereka yang tahu dengan pantas di mana atau dengan siapa mereka boleh dapatkan sumber maklumat yang betul jika mereka perlukan bantuan.

5)  Buat sesuatu yang menggunakan bakat dan minat anda – Ini akan menyebabkan anda akan gembira melakukannya lebih lama dan lebih intensif.

6)  Sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan anda di dalam bidang atau industri yang ingin anda kuasai – Lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara, lebih banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.

7)  Berani ambil risiko – Tidak ada istilah kegagalan melainkan bila kita berhenti mencuba. Kegagalan hanyalah satu proses mencapai kejayaan apabila kita belajar untuk memperbaikinya.

 

 

amalkan langkah-langkah ini ye🙂

One comment on “7 LANGKAH UNTUK HIDUP PENUH MOTIVASI

  1. ahmad wwAN says:

    i like but i tak faham
    help me plese

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s