KEPENTINGAN PENGGUNAAN PETA MINDA

Assalmualaikum..

Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap para pelajar. Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di zaman yang serba maju ini.

Sebagai seorang insan, Tuhan telah mengurniakan kepada kita pancaindera yang mempunyai pelbagai fungsi. Pancaindera ini amat peka serta amat responsif terhadap apa-apa rangsangan yang berkaitan dengannya.

Mata adalah merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi seseorang insan. Sebagai contoh, mata yang berfungsi untuk penglihatan akan merangsangkan tindakan seseorang itu apabila ianya melihat sesuatu yang dapat memberi sesuatu makna kepada dirinya. Seorang kanak-kanak yang masih kecil dan belum mengenal huruf dapat memahami sesuatu keadaan melalui penglihatan dan pemerhatian. Objek yang dilihat melalui mata akan menghasilkan sesuatu mesej melalui interpretasi yang dibuat di bahagian otak.

Mesej yang dihasilkan akan menjadi mudah dan jelas sekiranya kita dapat merangsangkan pancaindera yang ada pada seseorang individu itu dengan cepat.

Oleh itu dalam proses pembelajaran seseorang itu perlulah menyusun strategi agar segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan pemahaman kita adalah seperti berikut::

Teks.
Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.

Grafik.
Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-satu topik.

Gambar.
Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Dalam hal ini penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna. Dalam melakar peta minda atau pengurusan grafik, beberapa langkah perlu dibuat agar ianya dilakukan secara sistematik:-

  • Memahami isi petikan.

Sekiranya sesuatu lakaran peta minda itu hendak dilakukan berdasarkan daripada bahan bacaan, maka bahan bacaan itu perlulah dibaca dan difahami secara keseluruhan terlebih dahulu.

  • Mengenalpasti isi dan huraian yang berkaitan.

Ianya dapat dilakukan dengan cara menggaris isi-isi serta huraian-huraian yang dianggap ada kaitan dan relevan dengan topik bahan bacaan tersebut.

  • Melakar simbol.

Idea yang utama akan bermula pada satu titik permulaan dan ianya disimbolkan dengan satu bulatan. Dari sinilah idea ini akan berkembang. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk perkembangan idea ini. Pemetaan minda ini lebih sesuai dibuat dalam bentuk pengurusan grafik dan jaringan klasifikasi. Oleh itu penggunaan beberapa simbol berserta dengan warna-warna tertentu dapat digunakan sebagai satu teknik memetakan minda kita ke arah memudahkan pemahaman.

  • Melukis gambar.

Gambar merupakan salah satu media yang dapat memberi rangsangan yang begitu cepat daripada teks. Gambar juga dapat memberi pelbagai interpretasi yang dapat mencetuskan pemikiran yang lebih kritis dan kreatif.

Proses membuat peta minda dapat memberi faedah yang bukan sahaja dapat dilihat pada zahirnya tetapi juga sesuatu yang tersirat di sebaliknya:

  • Latihan dalam pasukan.

Peta minda dapat dilakukan melalui satu pasukan. Ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar belajar secara kaloboratif dan koperatif.

  • Pencetusan idea.

Lakaran yang dibuat yang merangkumi teks, grafik dan gambar dapat mempergiatkan lagi kreativiti seseorang individu ke arah pencetusan idea.

  • Perkembangan potensi.

Lakaran grafik dan gambar dapat memperkembangkan potensi kemahiran motor yang ada pada pelajar-pelajar.

  • Kemahiran menganalisis.

Setiap fakta yang dibaca terlebih dahulu perlu di analisis dan kemudian menyusunkannya untuk membentuk satu lakaran. Latihan seumpama ini adalah amat diperlukan ke arah pembentukan sikap yang analitikal.

Penganalisisan data melalui pemetaan minda ini adalah merupakan salah satu ciri-ciri aktiviti yang terdapat dalam pembelajaran sekolah bestari. Oleh itu guru seharusnya memahirkan diri serta berusaha memperkenalkan aktiviti ini kepada pelajar-pelajarnya mulai sekarang.

Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk “Superbrain”, melalui pemetaan minda seseorang itu dapat… “learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort…” yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

 

PETUA MEMBERIKAN TUMPUAN DALAM KELAS

Assalamualaikum..

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan.

berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda :

1. Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terlebih dahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

2. Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.

3. Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

4. Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

5. Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

6. Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda / peta minda.

7. Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

8. Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Di mana? Kenapa? Bagaimana?

9. Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.

10. Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

 

p/s :: Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.

 

SELAMAT MENCUBA 🙂

7 LANGKAH UNTUK HIDUP PENUH MOTIVASI

Assalamualaikum..

anda rasa hidup anda tidak bermotivasi?..tiada semangat melakukan sesuatu? cuba langkah-langkah di bawah..INSYAALLAH membantu 🙂

1)  Tetapkan matlamat besar anda dengan jelas. Tetapi tetapkan juga matlamat kecil yang membawa kepada matlamat besar tersebut – Orang yang biasa dengan kejayaan kecil akan kehausan untuk kejayaan besar.

2)  Habiskan apa yang anda mulakan – Orang yang biasa melakukan sesuatu separuh jalan akan biasa melakukan semua perkara separuh jalan.

3)  Bersosial dengan mereka yang mempunyai minat yang sama serta minda positif yang sama – Cuba perhatikan 5 kawan rapat anda adalah siapa? Adakah majoritinya positif atau sebaliknya?

4)  Belajar untuk belajar dengan pantas di dalam mencari sumber atau maklumat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda – Orang yang berjaya adalah mereka yang tahu dengan pantas di mana atau dengan siapa mereka boleh dapatkan sumber maklumat yang betul jika mereka perlukan bantuan.

5)  Buat sesuatu yang menggunakan bakat dan minat anda – Ini akan menyebabkan anda akan gembira melakukannya lebih lama dan lebih intensif.

6)  Sentiasa tingkatkan ilmu pengetahuan anda di dalam bidang atau industri yang ingin anda kuasai – Lagi banyak kita tahu tentang sesuatu perkara, lebih banyak yang kita tidak ketahui sebenarnya.

7)  Berani ambil risiko – Tidak ada istilah kegagalan melainkan bila kita berhenti mencuba. Kegagalan hanyalah satu proses mencapai kejayaan apabila kita belajar untuk memperbaikinya.

 

 

amalkan langkah-langkah ini ye 🙂

TIPS DAPAT A SUBJEK MATEMATIK & MATEMATIK TAMBAHAN

Assalamualaikum..

Ramai pelajar yang kurang berpuas hati dengan markah pencapaian mereka dalam peperiksaan, terutamanya untuk subjek Matematik dan lebih-lebih lagi untuk subjek Matematik Tambahan..

kalau post sebelum ni, saya ada berikan beberapa cara untuk belajar Matematik lebih mudah..kali ni saya nak berikan tips bagaimana dapatkan A untuk kedua-dua subjek ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

kalau saya dulu, memang sangat minat dengan subjek Matematik..satu subjek yang boleh dikatakan sentiasa dapat skor A..tapi untuk subjek Matematik Tambahan, boleh dikatakan sentiasa dapat gred B dan C, malah D pun pernah kalau x silap saya..huhu..memang mengecewakan bila subjek yang kita suka dan minat, kita x dapat skor dengan baik..tapi saya kagum dengan diri saya yang tak sekali-kali berputus asa..

Sebenarnya, macam subjek Matematik jugalah, Matematik Tambahan juga jika ditanya kepada orang pandai, mesti jawapan mereka, kena buat banyak latihan. Ya, jawapan itu memang bukan main-main. Matematik Tambahan ini ada tajuk yang sama dengan Matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, insyaAllah, anda boleh sebenarnya!

di sini saya ingin tekankan mengenai latihan dan ulangkaji. saya syorkan, anda ambil soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan Kertas 2 peperiksaan SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab soalan yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza. serius..betul saya tak tipu..kalau anda tak buat memang menyesal..boleh beli buku-buku koleksi soalan peperiksaan yang banyak dijual di kedai buku..kalau saya dulu, saya akan pastikan buku yang dibeli, disertakan jawapan di belakangnya..supaya senang untuk disemak jawapan nanti..

cuba selesaikan semua soalan, dan mana-mana soalan yang tak tahu, boleh bertanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. pastikan akhirnya anda tahu menyelesaikan kesemua soalan dengan baik..Matematik Tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. kalau baca je, cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

Alhamdulillah, sejak saya buat latihan dalam buku koleksi kertas-kertas soalan peperiksaan sebenar, keputusan peperiksaan saya untuk subjek Matematik Tambahan sudah boleh dibanggakan dan akhirnya untuk SPM saya berjaya skor A1 🙂

macam tu juga untuk subjek Matematik, saya yakin latihan berdasarkan koleksi kertas-kertas peperiksaan sebenar, pasti akan banyak membantu kerana kita didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan sebenar yang akan ditanya dalam peperiksaan nanti!

p/s :: cepat beli buku latihan!!

BELAJAR MATEMATIK LEBIH MUDAH

Assalamualaikum..

Ramai pelajar jika ditanya mengenai subjek yang paling sukar, jawapannya adalah “Matematik” atau “Matematik Tambahan”.

Bagaimana caranya untuk mengubah persepsi mereka atau dengan kata lain macam mana nak belajar Matematik cara mudah? Sebenarnya tak pasti apa jawapan yang paling tepat, tapi apa yang pasti, terdapat pelbagai cara. Antaranya:

1. Ubah persepsi atau mind set yang mana menganggap Matematik itu susah atau killer subject. Persepsi begini timbul apabila kita mendengar luahan kata para senior terdahulu yang sengaja menakut-nakutkan kita. Abaikan sahaja mereka.

2. Sukakan Matematik. Bina minat dalam subjek ini. Kalau dah suka, memang semua jadi mudah 🙂

3. Belajar dalam bahasa ibunda. Sebenarnya bahasa tak penting, yang penting penerangan yang jelas dan boleh difahami. Kalau penerangan guru dalam Bahasa Inggeris, tapi kita tak faham pun tak boleh jugak kan? Jadi lebih baik suruh guru kita guna bahasa yang kita sendiri mudah untuk faham.

4. Fokus semasa pembelajaran berlaku. Kemudian perlu juga untuk faham apa yang dipelajari. Kalau tak faham, jangan tangguh-tangguh, segera bertanya pada guru untuk penerangan yang lebih jelas.

5. Latihan setiap hari sekurang-kurangnya 3 soalan. Bak kata orang, “practice makes perfect“.

6. Ulangkaji selalu. Dah kalau buat soalan setahun sekali, mana nak faham kan? Rajin-rajinkan diri tengok nota, ulang latihan yang sama pun tak apa. Agak-agak tak faham cepat-cepat la tanya orang yang lebih faham contohnya kawan-kawan atau guru.

7. Hafal sifir. Master kan diri dalam operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dengan baik. Ni hanya basic Matematik, ok!

YES, MATH IS EASY 🙂

YES, MATH IS FUN 🙂

TEKNIK BELAJAR SECARA PEMBAYANGAN

Assalamualaikum..

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri.

Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak ‘akademik’ seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Image

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana? Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk mengkhayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk mengkhayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segera gunakan setiap saat yang ada untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlukan penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap dan keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, rajah, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan, tulis atau lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan jari telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6.

Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sihat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang. SELAMAT MENCUBA 🙂

Image

CARA MUDAH OPERASI DARAB GUNA JARI

assalamualaikum..

ramai pelajar cekap menghafal, namun ramai juga yang terlalu sukar untuk menghafal. ramai pelajar yang bijak sifir namun ramai juga yang lemah sifir.

walau bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.

untuk post kali ni saya akan beri tip yang boleh menggembirakan anda mengikuti subjek matematik. mungkin ramai yang dah tahu dan menggunakan tip ini, namun ramai juga yang tak tahu dan tak pernah ambil tahu.

untuk yang tahu, tahniah dan yang belum tahu marilah kita berkongsi ilmu. cara mudah nak ingat sifir 6, 7, 8 dan 9..ada teknik yang sangat, sangat, sangat mudah dan menarik..

selamat menonton 🙂

AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN

assalamualaikum..hari ni sy nak kongsikan beberapa amalan untuk meningkatkan daya ingatan..terutamanya semasa belajar subjek yang banyak fakta dan memerlukan hafalan 🙂
  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar (jangan belajar terlalu lama tanpa rehat)
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri (jangan buka nota/buku semasa menghafal)
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu (akronim)
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat pengurusan masa cemerlang seperti post sebelum ni)

 

SELAMAT MENCUBA 🙂

RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG

assalamualaikum..
ramai pelajar mengadu bahawa mereka tidak ada masa yang mencukupi untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..
sebenarnya tanpa kita sedari, banyak masa berharga yang boleh diluangkan untuk belajar..
INGAT..MASA ITU EMAS!!
Image
  1. Masa sebelum tidur –  masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting pada cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

p/s :: MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG, ADALAH MASA BELAJAR WAKTU SUBUH..selamat mencuba 🙂

HIDUP & MATEMATIK

assalamualaikum..

tau x?

hidup kita ni sebenarnya ibarat subjek matematik..

kenapa?

sebab ada tambah, tolak, darab dan bahagi.

amalan yang baik hendaklah ditambahkan, perbuatan yang buruk dan dimurkai Allah hendaklah ditolak serta dijauhi, pahala amalan pula hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna supaya kita semua tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidupnya di dunia dan akhirat.

haaa…sebab tu la hidup ni ibarat subjek matematik 🙂

Image
p/s :: sekadar perkongsian 🙂